Kok Wai kekal Pengerusi DAP WPKL

KUALA LUMPUR 25 April – Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai kekal sebagai Pengerusi DAP Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi penggal 2021 hingga 2024, hari ini.

Keputusan dicapai selepas 173 undi sah diterima oleh 24 calon yang bertanding bagi mengisi jawatankusa tersebut.

Turut mengekalkan jawatan termasuk Ahli Parlimen Bukit Bintang, Fong Kui Lun sebagai Timbalan Pengerusi; Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok dan Sian Keng Eng (Naib Pengerusi); serta Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng (Setiausaha).

Sementara itu, jawatan Penolong Setiausaha DAP yang sebelum ini disandang oleh Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh diserahkan kepada Yap Yee Vonne.

Turut mengekalkan jawatan ialah Leong Ooi Yee sebagai Bendahari dan Yew Jia Haur sebagai Setiausaha Organisasi.

Manakala, Lee Bing Hong dan Edmond Teoh masing-masing dipilih sebagai Penolong Setiausaha Organisasi dan Setiausaha Publisiti yang baharu.

‘Muka baharu’ Wan Hamidi Hamid dilantik sebagai Pengarah Pendidikan Politik baharu selepas mendapat 121 undi.

Terdahulu, Lip Eng diumum menerima undi tertinggi iaitu sebanyak 157 diikuti Yew Jia Haur (153), manakala Hannah sebanyak 144.

Related posts

Leave a Comment