Arab Saudi catat 1,028 kes

RIYADH 21 April – Masih melebihi 1,000 kes apabila Kementerian Kesihatan (MoH) mengumumkan jumlah kes harian positif Covid-19 hari ini sebanyak 1,028 berbanding 1,070 semalam. Jumlah kumulatif kes 408,038

Menurut MoH, 12 lagi kematian dilaporkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan 6,858.

Sebanyak 824 pesakit dilaporkan pulih dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah pesakit sembuh meningkat kepada 391,362 sementara kes aktif pula 9,818 di mana 1,145 dalam keadaan kritikal.

Sementara itu, Riyadh merekodkan 431 kes harian Covid-19 diikuti Makkah 220 dan daerah Timur 157.

Related posts

Leave a Comment