AstraZeneca ditentukan Khamis

PUTRAJAYA 19 April – Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) akan menentukan Khamis ini penggunaan vaksin AstraZeneca.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin menjelaskan mesyuarat JKJAV akan memutuskan perkara berkenaan.

Isu penggunaan vaksin AstraZeneca timbul susulan data terbaharu dikemukakan Agensi Ubat-Ubatan Eropah (EMA) berkaitan pembekuan darah selepas menggunakan vaksin tersebut.

Sementara itu Khairy berkata, belum ada sebarang data mengenai keperluan mengambil dos ketiga vaksin seperti dinyatakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pfizer, Albert Bourla.

“Kita tidak ada apa-apa data lagi berkenaan keperluan untuk ada dos ketiga, walau bagaimanapun kerajaan akan merancang untuk jangka masa panjang, ada kemungkinan vaksin ini diperlukan untuk tahun-tahun akan datang, kita belum tahu lagi,” katanya.

Sebelum ini, CEO Pfizer, Albert Bourla dalam satu temu bual memaklumkan bahawa penerima vaksin Covid-19 keluaran syarikat ubat-ubatan itu kemungkinan memerlukan suntikan ketiga dalam tempoh setahun.

Penerima vaksin itu juga berkemungkinan perlu disuntik pada setiap tahun bagi membendung penularan pandemik berkenaan.

Related posts

Leave a Comment