Perintah berkurung sekat penularan

NEW DELHI semalam, Khamis mengumumkan akan mengenakan perintah berkurung hujung minggu bagi memutuskan rantaian jangkitan Covid-19 dan menyekat aktiviti tidak penting ketika negara itu mencatat lebih 200,000 kes harian.

Auditorium, restoran, pusat beli-belah, gimnasium dan spa ditutup namun pawagam dibenarkan beroperasi dengan sepertiga kapasiti pada hari biasa.

Perintah berkurung disusuli pelbagai langkah baharu itu juga meliputi banyak negeri yang berdepan dengan lonjakan kes jangkitan dan kematian.

Uttar Pradesh, negeri paling padat penduduk, akan melaksanakan perintah berkurung antara pukul 8 malam dengan 7 pagi di 10 daerah yang mencatatkan lebih 2,000 kes aktif dan menutup semua sekolah selama sebulan.

Negeri Rajasthan melaksakan perintah berkurung dari pukul 6 petang hingga 5 pagi mulai Jumaat bersama langkah-langkah lain untuk menyekat perhimpunan awam dan aktiviti sosial.

Banyak wilayah di India bergelut menangani lonjakan kes Covid-19, dengan petugas perubatan dan hospital bekerja dalam keadaan yang sangat sukar.

Related posts

Leave a Comment