Kes baharu di New Zealand

NEW Zealand merekodkan tiga jangkitan baharu Covid-19 semalam, 18 Oktober selepas dua minggu Perdana Menteri Jacinda Ardern mengisytiharkan negara itu berjaya menangani lagi penularan virus itu.

Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan New Zealand, kes terkini melibatkan dua kes import dan satu kes tempatan.

Dengan perkembangan ini, jumlah kes yang disahkan setakat ini adalah sebanyak 1,530 di mana kes aktif sebanyak 42.

Kes terbaru tempatan itu membabitkan seorang pekerja di pelabuhan yang disahkan positif, pada Sabtu 17 Oktober.

Kes import pula melibatkan individu yang tiba dari England melalui Dubai pada 5 Oktober dan diuji positif pada hari ke-12 ketibaannya manakala kes kedua tiba dari Dubai pada 13 Oktober dan didapati positif selepas hari ketiga ujian saringan.

Kedua-dua kes dihantar ke kemudahan kuarantin di Auckland

Related posts

Leave a Comment