Peningkatan kes di Arab Saudi

RIYADH 11 April — Arab Saudi merekodkan 799 kes baharu Covid-19 berbanding 878 yang direkodkan semalam dan ini membawa kepada peningkatan 398,435mkes. Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan, tujuh lagi pesakit meninggal dunia dan  menjadikan jumlah keseluruhan 6,754 kematian. Sebanyak 548 pesakit dilaporkan sembuh dalam tempoh 24 jam dan ini menjadikan jumlah yang pulih adalah 383,321. Sementara itu Riyadh merekodkan kes harian tertinggi dengan 362 kes diikuti Makkah 147 dan Timur 138. Kes aktif yang dilaporkan setakat ini adalah 8,360 kes di mana 915 dalam keadaan kritikal,

Read More

Kes harian di Thailand 967

BANGKOK 11 April – Jumlah kes positif Covid-19 di Thailand terus menunjukkan peningkatan apabila merekodkan angka harian tertinggi sejak Januari 2020 iaitu  967 kes berbanding 789 yang dilaporkan semalam. Ini menjadikan jumlah keseluruhan 32,625 kes dengan kematian pula kekal 97 Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), hanya tiga kes import dilaporkan iaitu dari Malaysia, Emiriyah Arab Bersatu dan Perancis. Sebanyak 530 kes dilaporkan di hospital dan 434 dikesan melalui pengesanan dalam komuniti. Bangkok merekodkan kes tertinggi iaitu 236, Chiang Mai 189, Chon Buri 180 dan Samut Prakan 48. Sejumlah 53…

Read More

11,681 kes baharu di Filipina

MANILA 11 April – Jabatan Kesihatan (DoH) merekodkan 11,681 kes baharu Covid-19 di Filipina hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 864,868. Sehingga pukul 4 petang ini juga, sebanyak 201 orang pesakit meninggal dunia yang membawa kepada jumlah kumulatif 14,945 kematian, Pada masa yang sama jumlah pesakit yang pulih meningkat kepada 703,404 atau 81.3 peratus apabila 55,204 lagi dilaporkan sembuh. Kes aktif pula 146,519 orang.

Read More

Anthony kekal Pengerusi DAP NS

SEREMBAN 11 April – Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke Siew Fook mempertahankan jawatan sebagai Pengerusi DAP yang dipegang sejak 2004 manakala 15 ‘muka lama’ kekal menganggotai Jawatankuasa DAP Negeri Sembilan bagi penggal 2021 hingga 2024. Keputusan itu diumumkan selepas perwakilan parti memilih bekas Menteri Pengangkutan itu melalui Konvensyen Biasa dan Pemilihan DAP Negeri Sembilan Penggal ke-19 di di sini dengan undian tertinggi iaitu sebanyak 501. Sejumlah 593 undi sah diberikan kepada 44 calon yang bertanding dan hanya 15 calon yang mendapat undi tertinggi dipilih menduduki jawatankuasa negeri. Selain Anthony, 12…

Read More

Lapan kluster baharu, 343 aktif

MAKLUMAT terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga 11 April 2021: Jumlah kluster : 1,459 kluster; Jumlah kluster baharu : 8 kluster; Jumlah kluster yang telah tamat : 1,116 kluster (termasuk 8 kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Melor, Kluster Jalan i-Park Tiga, Kluster Industri Waja, Kluster Bukit Putra, Kluster Kampung Sungai Maong, Kluster Jalan Kabel Gemilang, Kluster Jalan Sungai Baong, dan Kluster Jalan Industri Tiga); Jumlah kluster aktif : 343 kluster; Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini : 50 kluster; dan Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalahKluster Tapak Bina Cybersouth (180 kes), Kluster Jalan Kasawari (49 kes), dan Kluster…

Read More

Masih kekal empat digit

PUTRAJAYA 11 April – Malaysia merekodkan 1,739 kes baharu Covid-19 untuk tempoh 24 jam yang lalu menjadikan kumulatif kes positif 360,856. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah juga memaklumkan, lapan kes kematian dilaporkan hari ini menjadikan kumulatif kematian adalah 1,329 kes. Terdapat lapan kes kematian pada hari ini yang melibatkan empat kes di Selangor, dua kes di Kuala Lumpur dan masing-masing satu kes di Sabah dan Johor. Selain itu, sejumlah 1,216 kes sembuh dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu dengan kumulatif kes sembuh kini adalah 343,953. Jumlah…

Read More

385,251 lengkap dua dos

PUTRAJAYA 11 April – Seramai 385,251 individu dalam kumpulan fasa pertama Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin mereka setakat semalam. Menteri Kesihatan Dr Adham Baba berkata bagi tempoh sama 571,472 telah menerima dos pertama, menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua vaksin Covid-19 di negara kini adalah 956,723. Lima negeri menerima suntikan dos pertama vaksin tertinggi ialah Selangor dengan 76,612, diikuti Sarawak (59,531), Sabah (54,058), Perak (52,677) dan Kuala Lumpur (52,110). Sementara itu, lima negeri yang melengkapkan kedua-dua dos suntikan vaksin COVID-19 tertinggi setakat ini…

Read More

Pecat jika tolak suntikan vaksin

PHNOM PENH: Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen mengancam untuk mengenakan hukuman penjara bagi mereka yang melanggar kuarantin dan memberi amaran memecat penjawat awam yang enggan mengambil suntikan vaksin Covid-19. Sanggup dipanggil diktator, beliau mengambil langkah lebih tegas itu bagi melindungi nyawa rakyat daripada wabak itu. Sepanjang dua hari lalu, Kemboja mencatatkan lebih 1,000 jangkitan – kebanyakannya dalam kalangan pekerja kilang pakaian dan peniaga gerai pasar – menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara itu 4,081 kes dengan 26 kematian. Pihak berkuasa minggu ini melarang perjalanan antara wilayah, melaksanakan perintah sekatan pada…

Read More