Anthony kekal Pengerusi DAP NS

SEREMBAN 11 April – Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke Siew Fook mempertahankan jawatan sebagai Pengerusi DAP yang dipegang sejak 2004 manakala 15 ‘muka lama’ kekal menganggotai Jawatankuasa DAP Negeri Sembilan bagi penggal 2021 hingga 2024.

Keputusan itu diumumkan selepas perwakilan parti memilih bekas Menteri Pengangkutan itu melalui Konvensyen Biasa dan Pemilihan DAP Negeri Sembilan Penggal ke-19 di di sini dengan undian tertinggi iaitu sebanyak 501.

Sejumlah 593 undi sah diberikan kepada 44 calon yang bertanding dan hanya 15 calon yang mendapat undi tertinggi dipilih menduduki jawatankuasa negeri.

Selain Anthony, 12 jawatankuasa lain turut diberikan mandat oleh perwakilan untuk terus memegang jawatan masing-masing.

Seramai 628 perwakilan hadir hari ini bagi membuat pemilihan jawatankuasa pimpinan negeri bagi penggal ke-19, yang merupakan jumlah perwakilan tertinggi yang pernah dicatatkan.

Pemilihan bagi peringkat negeri diadakan tiga tahun sekali.

SENARAI PEMILIHAN JAWATANKUASA DAP NEGERI SEMBILAN 2021:

Pengerusi: Anthony Loke Siew Fook (Ahli Parlimen Seremban)

Timbalan Pengerusi: P Gunasekaran (ADUN Seremban Jaya)

Setiausaha: Cha Kee Chin (Ahli Parlimen Rasah)

Setiausaha Organisasi: Arul Kumar (ADUN Nilai)

Naib Pengerusi Negeri: Teo Kok Seong (ADUN Bahau)

Naib Pengerusi Negeri: Kesavadas A.Achyuthan Nair

Penolong Setiausaha Negeri: Lee Kai Yet

Bendahari Negeri: Siau Meow Kong

Penolong Setiausaha Organisasi: Ho Weng Wah

Setiausaha Publisiti: Chew Seh Yong

Pengarah Pendidikan Politik: Choo Ken Hwa

Ahli Jawatankuasa:

i. Tan Lee Koon

ii. Veerapan Superamaniam (ADUN Repah)

iii. Ng Chin Tsai

iv. Mary Josephine Prittam Singh (ADUN Rahang)

v. Yap Yew Weng

Related posts

Leave a Comment