Lapan kluster baharu, 343 aktif

MAKLUMAT terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga 11 April 2021:

  • Jumlah kluster : 1,459 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 8 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 1,116 kluster (termasuk 8 kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Melor, Kluster Jalan i-Park Tiga, Kluster Industri Waja, Kluster Bukit Putra, Kluster Kampung Sungai Maong, Kluster Jalan Kabel Gemilang, Kluster Jalan Sungai Baong, dan Kluster Jalan Industri Tiga);
  • Jumlah kluster aktif : 343 kluster;
  • Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini : 50 kluster; dan
  • Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalahKluster Tapak Bina Cybersouth (180 kes), Kluster Jalan Kasawari (49 kes), dan Kluster Telok Mas (44 kes).

Terdapat lapan kluster baharu yang telah dikenal pasti yang melibatkan lima kluster tempat kerja dan tiga kluster komuniti.

Perincian 1,739 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 11 April 2021 adalah seperti berikut: 

  • Selangor: 535 kes 
    • 251 kes daripada kluster-kluster, termasuk 51 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Kasawari dan Kluster Jalan Desaria;
    • 190 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; 
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 93 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Sarawak: 443 kes
    • 101 kes daripada kluster-kluster, termasuk 57 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Nanga Kelangas, Kluster Jalan Bambangan, Kluster Abak Bon, dan Kluster Jalan Badarudin;
    • 244 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; 
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 97 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Sabah: 127 kes 
    • 43 kes daripada kluster-kluster, termasuk dua (2) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Meruntum;
    • 57 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • 27 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Pulau Pinang: 113 kes  
    • 40 kes daripada kluster-kluster sedia ada; 
    • 22 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • 51 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Related posts

Leave a Comment