Kes harian di Thailand 967

BANGKOK 11 April – Jumlah kes positif Covid-19 di Thailand terus menunjukkan peningkatan apabila merekodkan angka harian tertinggi sejak Januari 2020 iaitu  967 kes berbanding 789 yang dilaporkan semalam.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan 32,625 kes dengan kematian pula kekal 97

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), hanya tiga kes import dilaporkan iaitu dari Malaysia, Emiriyah Arab Bersatu dan Perancis.

Sebanyak 530 kes dilaporkan di hospital dan 434 dikesan melalui pengesanan dalam komuniti.

Bangkok merekodkan kes tertinggi iaitu 236, Chiang Mai 189, Chon Buri 180 dan Samut Prakan 48.

Sejumlah 53 pesakit dibenarkan keluar dari hospital hari ini manakala 4,314 lagi masih menerima rawatan.

Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pengawalan Penyakit Dr Sophon Iamsirithaworn berkata kluster kelab malam di Bangkok kini menular dengan pantas ke wilayah lain di negara itu.

Thailand yang sedang mengalami gelombang baharu penularan koronavirus itu dan varian yang lebih mudah berjangkit kini sedang mewujudkan sebuah hospital sementara yang mempunyai 10,000 katil  di ibu kota Bangkok.

Lebih 10 hospital di Bangkok dilaporkan terpaksa berhenti melakukan ujian virus Covid-19 kerana kekurangan bekalan kit ujian atau keupayaan untuk melakukannya.

Setakat ini lebih 32,600 penduduk Thailand telah dijangkiti COVID-19 termasuk 97 kematian.

Related posts

Leave a Comment