Dewan solat Masjid Sultan dibuka

SINGAPURA 6 April – Dewan solat utama Masjid Sultan akan dibuka semula kepada para jemaah mulai esok, 7 April selepas kerja-kerja penyelenggaraan yang bermula 19 Disember lalu siap sepenuhnya.

Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) melalui Facebooknya semalam memaklumkan dengan pembukaan semula itu, solat lima waktu dan solat Jumaat akan kembali diadakan di dewan solat utama itu.

Sebanyak tiga zon akan dibuka bagi solat lima waktu bermula dengan solat Subuh esok manakala empat zon akan mula ditawarkan bagi solat Jumaat minggu ini.

Pendaftaran bagi solat lima waktu dan slot tambahan bagi solat Jumaat di Masjid Sultan akan dibuka di https://ourmosques.commonspaces.sg atau aplikasi Muslim.sg bermula 9 malam tadi.

Semasa kerja-kerja penyenggaraan itu dijalankan, para jemaah masih boleh melakukan solat lima waktu dan solat Jumaat di Bangunan Annexe.

Hanya satu zon yang disediakan bagi setiap sesi solat Jumaat sepanjang tempoh tersebut.

(FOTO 2018)

Related posts

Leave a Comment