Brunei benarkan tarawih, bersungkai

SEMUA masjid, surau dan balai ibadat di Brunei Darussalam boleh mengadakan solat sunat Tarawih dan aktiviti takmir sepanjang bulan Ramadan ini.

Menurut Kementerian Hal Ehwal Ugama, aktiviti yang dibenarkan termasuk bersungkai (berbuka puasa), tadarus al-Quran dan qiamullail.

Kebenaran itu telah mendapat perkenan Sultan dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam Sultan Hassanal Bolkiah.

Pada masa yang sama, jemaah tanpa mengira had umur itu dinasihatkan mematuhi peraturan dan garis panduan yang ditetapkan ketika hadir ke masjid.

Jemaah perlu mendaftar menggunakan BruHealth dengan mendapat kelulusan kod hijau atau kuning, tidak ke masjid jika tidak sihat dan membuat pemeriksaan suhu.

Mereka juga perlu membawa sejadah (saiz besar), menjaga penjarakan fizikal, tidak digalakkan bersalam-salaman, digalakkan berwuduk dari rumah, digalakkan memakai pelitup muka serta digalakkan untuk sanitasti tangan sebelum dan selepas memasuki masjid.

Related posts

Leave a Comment