801,773 disuntik vaksin

KUALA LUMPUR 5 April – Seramai 287,737 individu dalam kumpulan fasa pertama Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan telah melengkapkan dos suntikan vaksin mereka setakat semalam, kata Menteri Kesihatan Dr Adham Baba.

Beliau berkata bagi tempoh sama, seramai 514,036 individu menerima dos pertama, menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua vaksin Covid-19 di negara kini sebanyak 801,773.

Dr Adham berkata lima negeri menerima suntikan dos pertama vaksin tertinggi ialah Selangor dengan 71,405 diikuti Sarawak (53,598), Perak (50,334), Sabah (46,562) dan Kuala Lumpur (44,925).

Mengenai jumlah pendaftaran program imunisasi itu, sebanyak 7,906,913 atau 32.6 peratus direkodkan dalam tempoh sama dengan Selangor mencatatkan angka tertinggi iaitu 2,155,809 pendaftaran.

Related posts

Leave a Comment