131 juta kes, 2.85 juta kematian

JUMLAH kumulatif kes positif Covid-19 global kini melebihi 131 juta, dengan kematian meningkat kepada 2.85 juta orang, demikian menurut data terkini Johns Hopkins University.

Setakat pukul 12 tengah hari ini (waktu Malaysia), Amerika Syarikat (AS) mendahului dengan 30,706,121 kes daripada 131,212,766 kes keseluruhan.

AS juga mendahului jumlah kematian dengan merekodkan 555,001 kematian daripada keseluruhan 2,852,462 orang.

Brazil dan India pula berkongsi lebih 12 juta kes dengan masing-masing merekodkan 12,984,956 kes dan 12,485,509.

Tiga negara melepasi 4 juta kes iaitu Perancis 4,883,174, Rusia 4,529,576 dan United Kingdom 4,373,798.

Sementara itu Itali, Turki dan Sepanyol melebihi tiga juta kes positif, masing-masing merekodkan 3,668,264 kes, 3,487,050 dan 3,300,965.

Lima negara merekodkan lebih dua juta kes iaitu Jerman 2,896,329, Colombia 2,446,219, Poland 2,438,542, Argentina 2,393,492 dan Mexico 2,250,458.

Iran mendahului dengan lebih satu juta kes iaitu 1,932,074, Ukraine 1,797,027, Peru 1,582,367, Afrika Selatan 1,551,964, Czechia 1,551,896, Indonesia 1,534,255, Netherlands 1,323,766, Chile 1,026,785 dan Kanada 1,008,808.

Ini diikuti Romania 974,375, Belgium 900,996, Iraq 873,568, Israel 834,247, Portugal 823,335 dan Sweden 813,191.

Filipina pula berada dalam kelompok lebih 500,000 kes iaitu 795,051 diikuti Pakistan 687,908, Hungary 685,979, Bangladesh 637,364, Jordan 632,907, Serbia 617,669 , Switzerland 605,342 dan Austria 558,755.

Morocco, Jepun, Lebanon dan Emiriyah Arab Bersatu merekodkan lebih 400,000 kes, diikuti Arab Saudi, Slovakia, Panama, Bulgaria, Malaysia, Ecuador, Belarus dan Kazakhstan mencatatkan lebih 300,000 kes.

Sementara itu, bagi kes kematian, Brazil merekodkan 331,433 kes diikuti Mexico 204,147, India 164,623, United Kingdom 127,078, Itali 111,030,Rusia 98,713, Perancis 96,808, Jerman 77,060, Sepanyol 75,698,  Colombia 64,094 dan Iran 63,160.

Melebihi 50,000 kematian pula adalah Argentina 56,199, Poland 54,941,  Afrika Selatan 52,987 dan Peru 52,877.

Indonesia merekodkan 41,669, Ukraine 35,994, Turki 32,263, Czechia 26,945, Romania 24,070, Chile 23,644, Belgium 23,169, Kanada 23,060 dan Hungary 21,715.

Related posts

Leave a Comment