Akshay Kumar positif Covid-19

NEW DELHI: Pelakon Bollywood Akshay Kumar, 53 mengesahkan bahawa beliau diuji positif bagi Covid-19, menjadikannya pelakon terkini dari India dijangkiti virus itu.

“Saya ingin memaklumkan kepada semua orang, awal pagi tadi, saya diuji positif bagi Covid-19,” kata pelakon itu dalam catatan Facebooknya semalam.

Beliau kini sedang menjalani kuarantin di rumah dan sedang “mendapatkan rawatan perubatan sewajarnya”.

Kumar juga meminta mereka yang pernah menjadi kontak rapatnya dapat melakukan pemeriksaan.

Beberapa artis yang pernah dijangkiti adalah Amitabh Bachchan dan anaknya Abhishek Bachchan, Kanika Kapoor,  Aishwarya Rai, Aamir Khan

Jumlah kes harian Covid-19 di India yang didiami seramai 1.3 bilion penduduk meningkat sejak awal Februari apabila ia merosot ke bawah 9,000 setelah mencapai puncak hampir 100,000 pada September lalu.

Para pakar memberi amaran jumlah kes jangkitan sedang meningkat pada kadar lebih pantas di India, yang mempunyai jumlah kes ketiga tertinggi di dunia selepas Amerika Syarikat dan Brazil, berbanding dengan tahun lalu.

Semalam, Ahad 4 April, India melaporkan 93,249 kes baharu .

Related posts

Leave a Comment