9,663 kes, 427 kematian di Indonesia

JAKARTA 4 April  – Sebanyak 9,663 pesakit Covid-19 dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan kes pulih di Indonesia meningkat kepada 1.375,877 orang.

Lima wilayah merekodkan kes sembuh harian tertinggi iaitu Banten 6,279 dengan jumlah kumulatif 42.038 orang, Jakarta 1,024 (373,487), Kalimantan Selatan 342 (24,999), Jawa Barat 294 (224,396) serta Bali 231 dan kumulatifnya 37,704 orang. 

Bagi kes positif pula, sebanyak 6,731 kes dilaporkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan 1,534,255 kes.

Banten menambah 3,501 kes dan kumulatifnya 43,925 kes, Jakarta 736 (386,466), Jawa Barat 338 (252,545), Kalimantan Selatan 290 (28,871) serta Bali menambah  255 kes dan kumulatifnya 40,421. 

Kes kematian pula meningkat kepada 41,669 apabila 427 orang lagi dilaporkan meninggal dunia  di mana Banten merekodkan 338 kes, Jawa Tengah 28, Jawa Timur 22, Kalimantan Timur dan Riau masing-masing enam kes.

Sementara itu, penerima vaksin pula meningkat kepada 8,629,182 orang termasuk 95,760 yang dilaporkan menerima suntikan hari ini. Daripada jumlah ini 4,014,401 orang melengkapi dua dos vaksin.

Related posts

Leave a Comment