673 kes baharu di Arab Saudi

RIYADH 4 April – Arab Saudi merekodkan 673 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam yang membawa kepada jumlah keseluruhan 392,682 kes.

Bagi tempoh yang sama, tujuh lagi pesakit Covid-19 dilaporkan meninggal dunia dan ini membawa kepada 6,697 kematian.

Menurut Kementerian Kesihatan, daripada jumlah itu, sebanyak 6,169 kes masih aktif dengan 782 orang dalam keadaan kritikal.

Sebanyak 504 pesakit dilaporkan sembuh dan ini menambah jumlah pesakit yang pulih kepada 379,816 orang.

Riyadh pula merekodkan kes harian tertinggi dengan catatan 319 kes diikuti Makkah 127, daerah Timur 96, Madinah 26 dan Hail 19.

Dalam pada itu, Kementerian Hal Ehwal Islam menutup sementara tujuh masjid di dua daerah selepas tujuh jemaah disahkan positif Covid-19.

Ini menjadikan sebanyak 461 masjid ditutup dalam tempoh 56 hari dan 441 daripadanya dibuka semula selepas disanitasi.

Related posts

Leave a Comment