21 kes baharu

  • PUTRAJAYA: Kes baharu Covid-19 merekodkan dua angka selepas 21 kes Covid-19 dikesan, sekali gus menyaksikan jumlah kumulatif kes meningkat kepada 8,556 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.

    Kes sembuh dan pulih sepenuhnya daripada jangkitan Covid-19 di negara ini lebih tinggi berbanding kes baharu apabila sebanyak 76 kes dibenarkan keluar hospital,

    menjadikan jumlah kumuatif kes sembuh di Malaysia adalah sebanyak 8,146 kes atau 95.2 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

    Sementara itu, kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 di negara ini adalah sebanyak 289 kes.

    Daripada 21 kes baharu yang dilaporkan, dua kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara melibatkan satu warganegara Malaysia dan satu bukan warganegara yang merupakan pemastautin tetap.

    “Daripada 19 kes penularan di dalam negara, tujuh kes adalah bukan warganegara manakala 12 kes adalah di kalangan warganegara Malaysia,” katanya

    Tiada kematian baharu berkaitan direkodkan.

    Jumlah kumulatif kes kematian di Malaysia adalah kekal sebanyak 121 kes atau 1.41 peratus daripada jumlah keseluruhan kes

    Walau bagaimanapun, sebanyak tiga kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan tiada kes yang memerlukan bantuan pernafasan.

    Tujuh kes jangkitan dalam negara dalam kalangan bukan warganegara adalah:

    – Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: tujuh kes kontak rapat kepada kes positif COVID-19 (kes ke-8498 dan kes ke-8523). Kesemua mereka adalah rakan serumah;

    Sementara, bagi perincian 12 kes penularan COVID-19 dalam negara dalam kalangan warganegara pula adalah seperti berikut:

    – Selangor – 10 kes: tujuh kes saringan beberapa pusat tahfiz dan madrasah; satu kes daripada Kluster Lanjut. Kluster ini akan diperincikan di bawah; satu kes daripada Kluster Warga Emas Kuala Selangor.

    Beliau merupakan ahli keluarga kepada kes ke-8510; satu kes petugas barisan hadapan (bukan petugas kesihatan) di lokaliti bawah Perintah Kawalan Pergerakan Secara Pentadbiran Taman Langat Murni dan Taman Langat Utama;

    – Negeri Sembilan: satu kes saringan Orang Kena Tahan (OKT) di Seremban sebelum dipindahkan ke penjara;

    – Sabah: satu kes saringan di dalam komuniti oleh Pejabat Kesihatan Kawasan. Beliau tidak bergejala dan telah dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth I (HQE I), Kota Kinabalu.

 

 

Related posts

Leave a Comment