Patuhlah SOP pembinaan

KUALA LUMPUR 22 Mac – Sudah setahun masyarakat Malaysia dididik mematuhi prosedur operasi standard (SOP) berikutan pandemik Covid-19. Namun masih ada yang ingkar dan gagal mematuhi SOP sehingga kadar kompaun dinaikkan.

Sukar sangatkah mematuhi SOP? Tanpa mengira di sektor apa sekali pun, SOP adalah untuk mengawal atau mengelak sesuatu yang tidak diingini berlaku.

Persoalan ini timbul  apabila Menteri Kanan Kerja Raya Fadillah Yusof menjelaskan bahawa jalan atau laluan kenderaan perlu ditutup, jika sesuatu struktur berat perlu dialihkan dalam melaksanakan projek pembinaan jalan raya atau lebuh raya,

Beliau berkata, perkara itu adalah antara SOP ketat yang perlu diikuti oleh kontraktor, bagi memastikan keselamatan pekerja dan orang awam.

“Dalam pelaksanaan projek, jika misalnya nak alihkan ‘gantry launcher’, jalan perlu ditutup. Jika jalan dah selamat, struktur itu pun selamat (dialih), maka barulah buka semula laluan tersebut,” katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Beliau mengulas kemalangan yang berlaku di tapak pembinaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) di Alam Damai pagi tadi, yang menyebabkan tiga pekerja maut.

Melalui siasatan awal, ia berpunca apabila satu daripada komponen kren gantri terjatuh dan menghempap sebuah kenderaan.

Melalui siasatan awal, tiga pekerja pembinaan warga negara China meninggal dunia manakala seorang pengguna jalan raya warga tempatan cedera di dalam kejadian ini.

Kini berada di atas jalan raya di kawasan pembinaan sesuatu yang merisaukan lebih-lebih lagi apabila terperangkap dalam kesesakan di jalan raya.

Related posts

Leave a Comment