PH mahu Dewan Rakyat bersidang

PENGERUSI Pakatan Harapan (PH) mempengerusikan mesyuarat bersama Ahli-ahli Parlimen pembangkang di Parlimen.

Antara yang dibincangkan termasuk hal-hal berkaitan vaksin dan Program Imunisasi Kebangsaan, serta isu Prosedur Operasi Standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara.

Mesyuarat juga turut menyentuh soal ekonomi serta isu semasa negara mutakhir ini dan gesaan untuk pembukaan semula Parlimen dengan penekanan khusus kepada pelbagai isu yang memerlukan fungsi Parlimen itu ditingkat serta dirancakkan.

Anwar berkata tidak ada sebab Dewan Rakyat tidak boleh bersidang selepas bola sepak dibenarkan dan panggung wayang dibuka.

Related posts

Leave a Comment