Kadar kebolehjangkitan 1.32

PUTRAJAYA 8 Feb. – Kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) Covid-19 bagi seluruh negara semalam naik kepada 1.32, rekod tertinggi sejak pandemik bermula dua tahun lalu.

Mengikut rekod, kadar Rt pada hari sebelumnya adalah 1.27 yang sebelum itu 1.20.

Empat negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan iaitu Sabah dan Perlis masing-masing mencatat kadar tertinggi dengan nilai Rt 1.54.

Ini disusuli dengan Sarawak 1.48 dan Terengganu 1.36 manakala Kedah pula menyamai kadar kebangsaan iaitu 1.32.

Negeri di bawah kadar 1.32 adalah Putrajaya 1.29, Pulau Pinang 1.25, Johor dan Pahang masing-masing 1.24 dan Selangor, Melaka dan Perak masing-masing 1.23.

Manakala Kelantan mencatatkan nilai Rt pada 1.16, Negeri Sembilan 1.12, Kuala Lumpur 1.09 dan Labuan dengan 11 kes.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment