Tapir masuk perangkap

SEREMBAN 18 Mac – Hampir empat bulan pasang perangkap, akhirnya seekor tapir Malaya (Tapirus Indicus) betina seberat 450 kilogram terperangkap dalam perangkap yang dipasang Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan.

Tapir itu memasuki perangkap yang dipasang di Ladang Johol, Johol, Kuala Pilah, pada pukul 8.30 pagi semalam.

Pengarah Perhilitan Wan Mat Wan Harun berkata, perangkap tersebut telah dipasang sejak 24 November tahun lepas, susulan aduan daripada kakitangan ladang tersebut mengenai tapir itu yang sering berkeliaran di ladang mereka sejak tahun lepas.

Sebaik menerima maklumat itu tujuh anggota Perhilitan Negeri Sembilan dihantar ke ladang berkenaan untuk memeriksa perangkap tersebut. Kami dapati tapir itu berada dalam keadaan sihat,” katanya seperti dilaporkan Bernama.

Tapir ini akan diberi rawatan oleh pegawai veterinar Jabatan Perhilitan terlebih dahulu dan dilepaskan di kawasan perlindungan di negeri ini yang berada di bawah jagaan Perhilitan.

Related posts

Leave a Comment