KJ penerima pertama Sinovac

REMBAU 18 Mac – Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menjadi individu pertama di negara ini menerima vaksin Sinovac buatan negara China.

Ahli Parlimen Rembau itu selesai menerima vaksin Sinovac tepat pukul  1.32 petang ini di Hospital Rembau.

Beliau disuntik oleh Ketua Penyelia Jururawat Hospital Rembau, Salha Abd Samad.

Selepas Ahli Parlimen Rembau itu selesai divaksin, kakitangan hospital dan kementerian kemudian memberikan tepukan, simbolik penyempurnaan pemberian vaksin Sinovac yang pertama di Malaysia.

Seramai 10 petugas barisan hadapan kemudiannya menerima vaksin dan ia turut disempurnakan Salha dan beberapa pegawai kesihatan lain.

Related posts

Leave a Comment