Filipina tambah 4,387 kes

MANILA 17 Mac – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 4,387 kes baharu jangkitan Covid-19 berbanding 4,437 kes semalam menjadikan jumlah keseluruhan 635,698 kes.

Setakat pukul 4 petang ini juga, DoH merekodkan 18 lagi pesakit meninggal dunia menjadikan jumlah keseluruhan 12,866 kematian.

Bagi tempoh yang sama jumlah pesakit sembuh meningkat kepada 561,099 kes atau 88.3 peratus termasuk 374 pesakit yang dilaporkan sembuh hari ini.

Kes aktif pula sebanyak 9.7 peratus daripada keseluruhan kes atau 61,733 kes.

Related posts

Leave a Comment