Iftar di Masjidilharam dibenarkan

MAKKAH: Suasana atau aktiviti ibadah pada bulan Ramadan di Makkah dijangka kembali seperti biasa apabila pihak berkuasa Arab Saudi mengumumkan langkah mengeluarkan permit untuk mengadakan majlis iftar di Masjidilharam.

Ini bermakan pembahagian makanan kepada fakir miskin serta aktiviti berbuka puasa akan berlangsung sepanjang Ramadan yang dijadualkan bulan depan.

Tahun lalu, semua ibadah di Masjidilharam digantung berikutan penularan Covid-19.

Permit juga diperlukan untuk mengadakan majlis berbuka di sekitar bandar Makkah, termasuk di jalan-jalan raya.

Menurut laporan Saudi Gazette, langkah mengeluarkan permit untuk pembahagian makanan untuk iftar itu mencerminkan suasana Ramadan akan kembali normal dengan aktiviti ibadah di Masjidilharam.

Permohonan untuk mendapatkan permit majlis berbuka puasa itu boleh dibuat secara online.

Senarai barang makanan yang diluluskan turut disertakan termasuk makanan siap dimakan yang panas serta makanan kering dan pembahagian makanan kepada golongan susah di sekitar Masjidilharam.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan prosedur operasi standard (SOP) yang akan dikenakan semasa iftar.

Related posts

Leave a Comment