Lebih 900,000 kematian di Eropah

EROPAH setakat 16 Mac merekodkan lebih 900,000 kematian akibat Covid-19, menjadikan wilayah paling terkesan.

Sebanyak 52 negara dan wilayah di rantau itu yang merangkumi Rusia dan Turki mencatatkan 900,185 kematian daripada sejumlah 40,083,433 kes yang disahkan.

Ini diikuti Amerika Latin dan Caribbean (721,581 kematian), Kanada dan Amerika Syarikat (558,110 kematian) dan Asia (263,250).

Minggu lalu Eropah menyaksikan purata 3,000 kematian Covid-19 sehari, penurunan 2.3 peratus berbanding minggu sebelumnya.

Sejak tempoh sebulan ini, rantau tersebut menyaksikan kurang dari 4,000 kematian setiap hari sejak November, dengan catatan sebanyak 5,700 kematian dalam 24 jam pada akhir Januari.

Jumlah jangkitan di Eropah sejak awal pandemik sudah melepasi 40 juta pada 15 Mac.

Britain merupakan negara yang paling teruk terjejas di Eropah dengan 125,580 kematian bagi 4,263,527 kes, diikuti oleh Itali (102,499 kematian, 3,238,394 kes), Rusia (92,937 kematian, 4,409,438 kes), Perancis (90,788 kematian, 4,078,133 kes) dan Jerman (73,656 kematian, 2,581,329 kes).

Lima negara tersebut secara keseluruhannya mewakili lebih daripada separuh kematian Covid-19 di Eropah.

Republik Czech adalah negara dengan jumlah kematian tertinggi di Eropah berbanding jumlah penduduknya dengan 218 kematian bagi setiap 100,000 orang, diikuti Belgium (194), Slovenia (189), Britain (185) dan Montenegro (180).

Related posts

Leave a Comment