WHO terima sumbangan AS$242 juta

GENEVA 16 Mac – Pertubuhan Kesihatan Sedunia ( WHO) menerima sumbangan AS$242 juta daripada 662,000 penderma untuk Dana Tindak Balas Solidariti Covid-19 yang dilancarkan setahun lalu.

Ketua Pengarah WHO Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, ini adalah pertama dalam sejarah, WHO menerima sumbangan daripada orang awam termasuk syarikat dan individu.

“Kepada setiap individu dan organisasi yang menyumbang, saya mengucapkan terima kasih. Derma anda memberi kesan yang amat besar di seluruh dunia.,” katanya pada taklimat media mengenai Covid-19.

Melalui sumbangan itu, WHO antara lain menghantar lebih daripada 250 juta peralatan pelindung diri, memberi sokongan teknikal kepada ratusan makmal, membekalkan lebih daripada 250 juta ujian Covid-19 dan menyelaras penempatan lebih daripada 180 pasukan dan misi.

“Tetapi seperti yang anda ketahui, wabak belum berakhir dan tiga minggu lalu, kami melancarkan Rancangan Persiapan dan Respons Strategik untuk tahun 2021, yang menggariskan bagaimana WHO akan menyokong negara-negara dalam menangani wabak tersebut,” katanya.

Bagi tujuan itu WHO memerlukan  AS$1.96 bilion dan sekali lagi beliau mengajak orang ramai menyokong rancangan tereebut yang akan turut memberi perhatian terhadap mempercepat akses vaksin yang adil, diagnostik dan terapi.

Related posts

Leave a Comment