Maut diserang anjing liar

SEORANG kanak-kanak perempuan berusia kurang dari dua setengah tahun maut diserang anjing liar pada Jumaat lalu ketika dia keluar dari rumah rehat di mana keluarganya berkhemah di kejiranan Al-Wasila di barat daya Riyadh.

Shahd, yang mengalami kecederaan serius, meninggal dunia di hospital berdekatan selepas beberapa jam dimasukkan ke hospital.

Menurut laporan Saudi Gazette, kanak-kanak itu keluar dari rumah rehat itu tanpa disedari oleh anggota keluarga yang lain.

Selepas beberapa minit, ibunya terkejut melihat lima anjing liar berkumpul di sekitar anaknya dan menyerang hingga berlumuran darah.

Wanita itu menjerit dan menangis meminta pertolongan sehingga disedari anggota keluarga lain yang bergegas menyelamatkan kanak-kanak itu sehingga anjing itu lari  meninggalkan kanak-kanak berkenaan.

Related posts

Leave a Comment