1,063 kes baharu terendah

PUTRAJAYA 16 Mac – Malaysia merekodkan kes baharu terendah untuk tahun ini iaitu 1,063 kes, menjadikan jumlah keseluruhan kini sebanyak 326,034 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu sebanyak empat adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 ialah sebanyak 15,204 kes.

Sebanyak lapan kes (0.8 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara yang membabitkan Kluster Tembok Pengkalan Chepa (5 kes), Kluster Tembok Bukit Besi (1 kes),  Kluster Penjara Jalan Harapan (1 kes), dan Kluster Jalan Awang (1 kes).

Selain itu, terdapat pertambahan sebanyak lima kes baharu kematian menjadikan jumlah kes kematian secara keseluruhannya 1,218 kes.

Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan tiga kes di Sarawak dan masing-masing satu kes di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kesemua kes kematian melibatkan warganegara.

Jumlah kes sembuh adalah sebanyak 1,365 kes menjadikan jumlah kumulatif sembuh adalah sebanyak 309,612 kes.

Setakat ini,152 pesakit sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu,68 orang memerlukan bantuan pernafasan.

Related posts

Leave a Comment