Arab Saudi catat 354 kes harian

RIYADH 16 Mac – Kes jangkitan harian Covid-19 di Arab Saudi hari ini melepasi 350 kes apabila Kementerian Kesihatan merekodkan 354 kes dalam tempoh 24 jam.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 383,106 dengan kes aktif 3,398 di mana 560 dalam keadaan kritikal.

Pada masa yang sama, sebanyak lima lagi pesakit dilaporkan meninggal dunia menjadikan jumlah keseluruhan 6,578

Kes pesakit sembuh pula merekodkan 204 kes dengan membawa jumlah keseluruhan pesakit yang bebas daripada Covid-19 sebanyak 373,130.

Wilayah Riyadh terus merekodkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 137 kes diikuti Makkah 71 dan daerah Timur 51 kes.

Related posts

Leave a Comment