Pelan AS$1.9 trilion pulih ekonomi

SETAHUN selepas bermulanya penularan pandemik Covid-19 di Amerika Syarikat, Presiden Joe Biden menandatangani pelan rangsangan ke enam bernilai AS$1.9 trilion bagi memulihkan ekonomi negara itu.

Pelan ini adalah tambahan kepada lima pelan sebelum ini yang mempunyai jumlah terkumpul sebanyak AS$4 trillion.

Sebagai ekonomi terbesar dunia, Amerika Syarikat perlu menyokong pemulihan ekonominya dengan meningkatkan perbelanjaan pengguna dan pekerjaan.

Pelan ini diluluskan majoriti demokrat di Senat dan Dewan Perwakilan dan ditolak oleh Republikan.

Antara lain pelan ini menyediakan  bantuan tunai AS$1,400 untuk hampir setiap individu di negara itu, bantuan pengangguran tambahan AS$300 dan bantuan lain untuk sekolah dan vaksin.

Pelan ini merupakan antara yang terbesar dalam sejarah Amerika Syarikat yang diluluskan Kongres tanpa sebarang undi daripada wakil Republikan.

Kaji selidik oleh Pusat Penyelidik Pew pada Mac mendapati 70% rakyat Amerika Syarikat menyokong pelan rangsangan tersebut, termasuk 41% Republikan.

Kadar pengganguran di negara berkenaan meningkat 6.2% tahun lepas, menurut Jabatan Tenaga Kerja AS.

Related posts

Leave a Comment