“Peperangan belum berakhir”

PUTRAJAYA 13 Mei – “Kebanyakan kita telah pun lesu dan juga (letih) dari segi mental dan fizikal, tapi kalau kita tidak membantu untuk memutuskan rantaian jangkitan Covid-19, maka ramai komuniti akan dijangkiti virus itu,” kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata, perugas kesihatan telah ‘berperang’ untuk tempoh yang amat panjang, iaitu hampir 16 bulan tetapi peperangan masih berjalan dan warga Kementerian Kesihatan (KKM) merupakan pertahanan terakhir bagi memutuskan rantaian Covid-19.

“Semoga terus berikhtiar dan cuba sedaya upaya bagi membebaskan negara daripada pandemik ini.” Itu antara pesanan Dr Noor Hisham kepada warga kerja KKM ketika mengadakan sesi tinjauan di Hospital Putrajaya pada hari pertama Aidilfitri, di sini.

KKM katanya, telah bersiapsiaga dengan penyediaan peralatan dan fasiliti kesihatan bagi menghadapi pandemik Covid-19 ditambah lagi jenis varian baharu virus yang dikenal pasti dalam negara.

Dr Noor Hisham mengulangi peringatan mesranya iaitu supaya rakyat sentiasa duduk rumah sekiranya tiada urusan penting dan juga mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Related posts

Leave a Comment