223,923 terima suntikan vaksin

SERAMAI 223,923 individu yang disenarai dalam kumpulan fasa pertama Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan telah menerima suntikan vaksin setakat 10 Mac 2021.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, Sarawak merekodkan jumlah paling tinggi penerima suntikan dos pertama, melibatkan seramai 28,184 orang.

Ia diikuti Selangor dengan jumlah keseluruhan 24,211 penerima suntikan; Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (20,510) dan Sabah (18,670).

Related posts

Leave a Comment