115.5 juta kes, 2.5 juta kematian

AMERIKA Syarikat terus mendahului jumlah kes jangkitan dan kematian akibat Covid-19 ketika dunia merekodkan 115,572,301 kes dan 2,567,802 kematian.

Menurut data Johns Hopkins University setakat pukul 8 pagi ini, AS mendahului dengan 28,819,554 kes positif dan 520,071 kematian.

Ini diikuti India 11,156,923, Brazil 10,793,732, Rusia 4,241,970, United Kingdom 4,213,733, Perancis 3,895,423 dan Sepanyol 3,142,358.

Itali pula merekodkan 2,999,119, Turki 2,746,158, Jerman 2,484,306, Colombia 2,266,211, Argentina 2,133,963 dan Mexico 2,104,987.

Lapan negara merekodkan lebih satu juta kes iaitu Poland 1,750,659, Iran 1,665,103, Afrika Selatan 1,517,666, Ukraine 1,422,927, INDONESIA 1,361,098, Peru 1,344,969, Czechia 1,284,288 dan Netherlands 1,120,529.

Tujuh negara merekodkan lebih 800,000 kes iaitu Kanada, Chile, Romania dan Portugal manakala Israel, Belgium dan Iraq melebihi 700,000 kes.

Lima negara lagi merekodkan lebih setengah juta kes iaitu Sweden ,Pakistan, Filipina, Switzerland dan Bangladesh.

Bagi kes kematian pula berada di belakang AS adalah Brazil yang merekodkan 260,970 kes, Mexico 188,044, India 157,435, United Kingdom 124,259, Itali 98,974, Perancis 87,988, Rusia 86,368, Jerman 71,420, Sepanyol 70,501.

Iran pula merekodkan 60,431 kematian diikuti Colombia 60,189, Argentina  52,644, Afrika Selatan 50,462, Peru 47,089, Poland 44,649, INDONESIA 36,897.

Turki 28,839, Ukraine 28,046, Belgium 22,169, Kanada 22,148, Czechia 21,128, Chile 20,838 dan Romania 20,684.

Sebanyak 12 negara merekodkan lebih 10,000 kematian didahului Portugal 16,458, Ecuador 15,959, Netherlands 15,857, Hungary 15,476, Iraq 13,507, Pakistan 13,076, Sweden 12,977, FILIPINA 12,404, Bolivia 11,734, Mesir 10,822, Bulgaria 10,506 dan Switzerland 10,022.

Related posts

Leave a Comment