Takut terima mesej KP Kesihatan

KUALA LUMPUR 4 Mac – Menerima mesej daripada Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengenai statistik kes harian Covid-19 membuatkan saya berasa takut dan berdebar.”

Itu perkara paling mendebarkan yang diluah Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob apabila ditanya mengenai pengalaman setahun menjadi individu penting dalam menguruskan jangkitan Covid-19 di negara ini.

Apatah lagi, kata beliau, lebih menakutkan apabila kes harian dan kematian direkodkan pada angka tinggi pada hari tertentu.

“Sudah tentu sayalah paling takut kerana ia melibatkan tugas saya juga untuk melandaikan (rantaian) Covid-19.

“Jadi kalau anda tanya pengalaman menakutkan (adalah berkaitan) melihat mesej yang mengatakan kes harian dan kematian meningkat pada kadar yang tinggi.

“Ini susah untuk saya lupakan,” katanya dalam sidang media khas sempena setahun Malaysia Prihatin, di sini, pada Isnin.

Ismail menyentuh pelbagai isu berhubung Kementerian Pertahanan yang diterajuinya dan isu-isu berkaitan penularan wabak Covid-19. (Ikuti wawancara di Berita Harian)

Dalam pada itu, Ismail Sabri turut menganggap tugas untuk melandaikan jangkitan Covid-19 sebagai tanggungjawab besar yang diberikan beliau.

“Pelbagai pengalaman saya dapat, baik yang memuji mahupun tidak. Mereka yang menyokong kita, walaupun saya memakai baju tidak betul, baik juga di mata mereka.

“Sebaliknya, mereka yang tidak menyokong, pelbagai perkara dibangkitkan.

“Saya ada juga baca komen-komen netizen dan ada yang kita ambil sebagai usaha tambah baik terhadap SOP yang ditetapkan,” katanya.

Related posts

Leave a Comment