80,336 terima suntikan vaksin

KUALA LUMPUR: Seramai 80,336 individu dalam kumpulan fasa pertama Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan telah menerima suntikan vaksin setakat Rabu, 3 Mac, kata Menteri Penyelaras Program, Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata, sehingga pukul 11.59 malam pada Rabu, Sarawak kekal merekodkan jumlah paling tinggi menerima suntikan dos pertama melibatkan seramai 13,691 penerima.

Negeri kedua tertinggi pula ialah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan jumlah keseluruhan suntikan sebanyak 8,505 individu, diikuti Perak (7,757); Kelantan (7,725) dan Pahang sebanyak 7,415 individu.

Johor pula mencatatkan jumlah 6,454 penerima diikuti Terengganu (4,566); Kedah (4,388) dan Selangor iaitu sebanyak 4,276 individu.

Negeri Sembilan mencatatkan sebanyak 3,101 penerima manakala Pulau Pinang dan Melaka masing-masing mencatatkan jumlah penerima sebanyak 2,914 dan 2,752.

“Lain-lain negeri masih merekodkan jumlah melebih 1,000 penerima iaitu Sabah (1,898); Wilayah Persekutuan Labuan (1,789); Perlis (1,589) dan Wilayah Persekutuan Putrajaya sebanyak 1,507 individu telah di vaksin,” katanya dalam satu ciapan di akaun Twitternya di sini, pada Khamis.

Related posts

Leave a Comment