J&J mula edar vaksin

JOHNSON & JOHNSON  (J&J) mula mengedarkan empat juta dos vaksin keluarannya, vaksin yang ketiga diluluskan untuk kegunaan kecemasan di Amerika Syarikat (AS).

Ketua Pegawai Saintifik J&J, Dr Paul Stoffels berkata vaksin keluaran syarikat itu lebih mudah diberikan dan boleh diedarkan secara meluas ke seluruh dunia.

Beliau berkata Johson & Johnson  memang sengaja memilih vaksin satu dos yang mudah diberikan serta mempunyai suhu penyimpanan yang mudah dan boleh diedarkan dalam skala yang besar.

“Apabila aktiviti pembuatan vaksin ini mencapai tahap penuh, ia akan boleh diedarkan ke serata dunia dan menghentikan penularan Covid-19 pada peringkat dunia,” kata Dr Stoffels.

Pentadbiran Perubatan dan Makanan Amerika (FDA) meluluskan penggunaan vaksin J&J pada Sabtu.

Satu dos vaksin ini dilaporkan 85 peratus berkesan melidungi Covid-19 pada peringkat teruk.

Ia berdasarkan data yang didapati daripada kajian yang dilakukan di tiga benua.

J&J sedang mendapatkan kelulusan penggunaan vaksin tersebut untuk tujuan kecemasan di Eropah daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Ia menyasarkan untuk menghasilkan 1 bilion dos pada akhir tahun ini.

J&J turut dilapor menguji tahap keberkesanan dua dos dalam kajian yang berasingan.

Related posts

Leave a Comment