Jangan takut suntikan vaksin

KOTA BHARU 2 Mac – Jangan takut terima suntikan vaksin Covid-19. Itu kata-kata nasihat Menteri Besar Kelantan, Ahmad Yakob selepas menerima suntikan vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech pada majlis pelancaran Program Imunisasi Covid-19 Kelantan, di Dewan Teratai, Kota Darulnaim, hari ini.

Ahmad antara 48 individu, termasuk Timbalan Menteri Besar, Mohd Amar Nik Abdullah dan petugas barisan hadapan yang menerima suntikan dos pertama vaksin itu.

Turut menerima suntikan, Ketua Polis Kelantan, Shafien Mamat.

Ahmad mengakui sebelum menerima suntikan perasaannya berdebar kerana pelbagai versi diceritakan orang ramai.
“Namun, sebaik menerima vaksin, saya boleh katakan tidak sakit dan tak rasa apa-apapun… suntikan ini biasa sahaja,” katanya.

Ahmad berkata, seramai 21,645 petugas barisan hadapan di negeri itu akan menerima vaksin fasa pertama sehingga akhir April ini.

Daripada jumlah itu, 1,416 orang akan terima vaksin sehingga Khamis ini di Dewan Teratai di Kota Darulnaim.

Related posts

Leave a Comment