VIENTIANE: Malaysia hari ini menerima tugas sebagai Pengerusi ASEAN bagi 2025, daripada Laos, kali kelima sepanjang sejarah keanggotaan dalam blok serantau itu iaitu pada 1977, 1997, 2005 dan 2015.I
Upacara simbolik serahan tugas kepada Malaysia dibuat Perdana Menteri Laos, Sonexay Siphandone kepada Anwar Ibrahim pada Majlis Penutup Sidang Kemuncak ASEAN ke-44 dan ke-45 serta Sidang Kemuncak Berkaitan di Pusat Konvensyen Kebangsaan (NCC) di sini.
Pada majlis sama, Malaysia buat kali pertama turut memperkenalkan logo ASEAN Malaysia 2025 dengan tema “Keterangkuman dan Kemampanan”.
Logo berkenaan memaparkan lambang ASEAN dalam kitaran berbentuk bunga raya, dengan warna yang mewakili warna utama bendera semua negara anggota ASEAN.
Menjelaskan mengenai pemilihan tema itu, Perdana Menteri berkata, ia mencerminkan komitmen ASEAN dalam mencapai kemajuan dikongsi bersama, tanpa ada yang tertinggal.
“Ia mempamerkan harapan kita bahawa langkah diambil hari ini, akan bertahan lama dalam jangka panjang.
Nnn
