KUALA LUMPUR 8 Mei – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengambil tindakan memecat dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan menggantung tujuh wakil rakyat termasuk lima Ahli Parlimen selama dua penggal pemilihan parti. Berdasarkan notis dikeluarkan Pengerusi Lembaga Disiplin Bersatu, Mohd Radzi Manan, ADUN Suka Menanti, Dzowahir Ab Ghani dan ADUN Sungai Tiang, Abdul Razak Khamis kedua-duanya dari Kedah dipecat daripada parti itu. Mereka dipecat daripada parti di bawah Fasal 22.5 Perlembagaan parti kerana didakwa melanggar Fasal 9.1.4 Perlembagaan serta Kod Etika dan Tatakelakuan Ahli. Lima Ahli Parlimen yang digantung…
Read MoreDay: May 8, 2026
Konvensyen PH di Johor Bahru 17 Mei
KUALA LUMPUR 8 Mei – Konvensyen Pakatan Harapan (PH) 2026 di Johor Bahru pada 17 Mei ini antara lain bertujuan memperkukuh kesepaduan kepemimpinan dan menyelaras gerak kerja politik menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16). Menurut satu kenyataan, program yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor itu akan memberi fokus kepada pengukuhan ekonomi, kestabilan politik serta peningkatan keyakinan rakyat. “Sebagai teraju Kerajaan Madani, Pakatan Harapan terus memberi tumpuan kepada pengukuhan ekonomi negara, kestabilan politik serta keyakinan rakyat menjelang Pilihan Raya Negeri dan Pilihan Raya…
Read MoreBerita pilihan….
IRGS sasar kapal pemusnah AS
TENTERA Laut Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) mengesahkan ia melancarkan serangan menggunakan peluru berpandu dan dron terhadap kapal pemusnah Amerika Syarikat (AS) berhampiran Selat Hormuz. Dalam satu kenyataan, IRGC memaklumkan, operasi itu dilancarkan selepas apa yang disifatkannya sebagai pelanggaran gencatan senjata oleh AS. Ia susulan serangan terhadap sebuah kapal tangki minyak Iran berhampiran pelabuhan Jask serta pergerakan kapal pemusnah AS menuju ke laluan perairan strategik itu. Tentera Iran melaksanakan “operasi gabungan berskala besar dan tepat” menggunakan peluru berpandu balistik, peluru berpandu jelajah antikapal dan dron berisi bahan letupan yang…
Read MoreRisiko penyakit lebih tinggi di Gaza
ISTANBUL – Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) melaporkan penduduk Semenanjung Gaza kini berdepan risiko penyakit yang jauh lebih tinggi. Keadaan itu disebabkan penularan tikus, khemah atau pusat perlindungan yang sesak, kekurangan air bersih dan sistem sanitasi yang rosak. UNRWA dalam satu kenyataan di platform media sosial X memaklumkan tikus menggigit kanak-kanak pada waktu malam ketika mereka tidur di dalam khemah. Pengarah Kesihatan UNRWA Akihiro Seita berkata, penularan tikus dan jangkitan ketika ini bukan sekadar isu kesihatan, tetapi tanda jelas kerentanan Gaza dan sistem kesihatannya yang…
Read More