WELLINGTON: New Zealand menggantung semua hubungan peringkat tinggi dengan Myanmar dan mengenakan larangan perjalanan ke atas pemimpin-pemimpin tentera negara itu berikutan rampasan kuasa tentera yang berlaku minggu lalu, kata Perdana Menteri Jacinda Ardern.
New Zealand juga akan memastikan program bantuannya tidak akan merangkumi projek-projek yang dilakukan bersama atau memanfaatkan pemerintah tentera.
“Mesej kami jelas dan tegas bahawa kami akan melakukan apa yang termampu dari New Zealand dan salah satu yang akan kami lakukan adalah menggantung dialog peringkat tinggi itu … dan memastikan sebarang dana yang kami salurkan ke Myanmar sama sekali tidak akan menyokong rejim tentera,” tegas Ardern.
Katanya, program bantuan New Zealand bernilai kira-kira NZUS$42 juta (S$40.51 juta) antara 2018 hingga 2021.
