11,179 kes, 70 kematian

MANILA 7 Feb. – Jumlah pesakit Covid-19 yang meninggal dunia di Filipina meningkat kepada 11,179 orang selepas 70 lagi kematian dilaporkan hari ini.

Angka kematian harian itu menunjukkan peningkatan berbanding 52 orang yang direkodkan semalam.

Menurut Jabatan Kesihatan (DoH), setakat pukul 4 petang ini, sebanyak 1,790 kes jangkitan baharu Covid-19 direkodkan menjadikan jumlah kumulatif 537,310.

Bagi tempoh yang sama, sebanyak 11,388 pesakit dilaporkan sembuh dan menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih meningkat kepada 499,798 orang atau 93.0 peratus daripada keseluruhan kes.

Sementara itu jumlah kes aktif adalah 26,333, berkurangan berbanding 35,946 yang direkodkan semalam.

Related posts

Leave a Comment