303 kes baharu Arab Saudi

RIYADH 4 Feb. – Masih angka 300, kali ini 303 kurang tiga kes berbanding semalam  yang menjadikan jumlah keseluruhan kes 369,248. Menurut Kementerian Kesihatan, kes kematian sama seperti semalam iaitu tiga orang yang membawa kepada jumlah keseluruhan 6,389. Pada masa yang sama, sebanyak 297 kes dilaporkan sembuh dan menjadikan jumlah 360,697 kes. Sementara itu Riyadh merekodkan kes jangkitan harian tertinggi sebanyak 126 kes diikuti Wilayah Timur 58, Makkah 51 dan Madinah 21. Kes aktif pula 2,162 di mana 395 kritikal.

Read More

Thailand catat 809 kes baharu

BANGKOK 4 Feb. – Thailand merekodkan 809 kes baharu Covid-19 dan sifar kematian menjadikan jumlah jangkitan dalam negara mencecah 22,058 kes dan 79 kematian. Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), berkata, 796 adalah kes penularan tempatan termasuk 751 menerusi pengesanan aktif dan 45 orang yang mendapatkan rawatan di hospital serta 13 kes import. Wilayah Samut Sakhon merekodkan 786 kes iaitu  750 dalam komuniti  (549 Myanmar dan 201 Thai) dan 36 (24 Myanmar dan 12 Thai) di hospital dan di Bangkok tiga kes di hospital melibatkan dua warga Thai dan seorang Myanmar. Sebanyak…

Read More

11,434 kes harian di Indonesia

JAKARTA 4 Feb. – Sebanyak 11,434 kes baharu Covid-19 direkodkan hari ini yang membawa jumlah kumulatif kes di Indonesia meningkat kepada 1.123.105 kes dengan jumlah kes aktif 174,798. Pada masa yang sama, jumlah pesakit yang meninggal dunia meningkat kepada 31,001 termasuk 231 kematian yang dilaporkan hari ini. Sebanyak 11,641 pesakit dilaporkan sembuh dan penambahan ini menjadikan jumlah kumulatif pulih 917.306 orang atau 81.7 peratus. Bagi kes jangkitan harian, Jakarta mencatatkan kes tertinggi dengan tambahan 3.632 kasus dan kumulatifnya masih tertinggi 283.893 kasus. Jakarta juga merekodkan kes sembuh tertinggi dengan 3.963…

Read More

1,590 kes baharu di Filipina

MANILA 4 Feb. – Filipina merekodkan 1,590 kes baharu Covid-19 yang menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 531,699. Jabatan Kesihatan (DoH) juga mengumumkan sehingga pukul 4 petang ini sebanyak 55 pesakit meninggal dunia dan ini membawa kepada 10,997 kematian. Bagi tempoh yang sama, sebanyak 249 pesakit sembuh yang menjadikan jumlah pesakit pulih meningkat kepada 487,927 atau 91.8 peratus. Kes aktif pula adalah 32,775 .

Read More

10 kluster baharu, 421 aktif

KEMENTERIAN Kesihatan memaklumkan terdapat 10 kluster baharu yang dikenal pasti pada hari ini, 4 Februari yang melibatkan enam kluster berkaitan tempat kerja dan empat kluster komuniti . Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga 4 Februari 2021; Jumlah kluster : 861 kluster; Jumlah kluster baharu : 10 kluster; Jumlah kluster yang telah tamat : 440 kluster (termasuk satu (1) kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Desa Setapak); Jumlah kluster aktif : 421 kluster; Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini : 90 kluster; dan…

Read More

Selangor terus mendahului

DARIPADA  4,571 kes baharu yang dilaporkan hari ini, Selangor menyumbang 2,056 kes disusuli Johor 664 kes dan Kuala Lumpur 481. Selangor: 2,056 kes  631 kes daripada kluster-kluster; termasuk tujuh (7) kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Industri Rawang, Kluster Jalan Gombak, dan Kluster Jalan Jasmine; 727 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; Dua (2) kes import luar negara; dan 696 kes daripada lain-lain saringan COVID-19. Johor: 664 kes 384 kes daripada kluster-kluster, termasuk 44 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Parit Penyengat, Kluster Kampung Lukut, dan Kluster…

Read More

Covid-19: Bayi antara 17 kematian

PUTRAJAYA 4 Feb. – Bayi  berusia empat bulan merupakan antara 17 kes kematian akibat Covid-19 yang dilaporkan di negara ini hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau memberitahu, bayi warga tempatan itu disahkan meninggal dunia di Hospital Tawau, Sabah dan dilaporkan mempunyai latar belakang penyakit iaitu masalah jantung. Sebelum ini, seorang bayi perempuan warga tempatan berusia setahun disahkan meninggal dunia pada 6 Oktober lalu di Hospital Semporna, Sabah. Mengenai kes jangkitan hari ini, beliau memberitahu, Malaysia mencatatkan peningkatan kes positif Covid-19 dengan 4,571 lagi kes baharu…

Read More

Buka pasar malam, gunting rambut

KUALA LUMPUR 4 Feb. – Kerajaan membenarkan operasi pasar malam, kedai gunting rambut dan pusat cuci kereta dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat mulai esok (Jumaat). Menteri Kanan Pertahanan Ismail Sabri Yaakob berkata, ketiga-tiga aktiviti perniagaan itu dibenarkan beroperasi sehingga pukul 10 malam. “Setelah berbincang dan melihat bahawa tiada kluster-kluster baharu yang dihasilkan oleh ketiga-tiga aktiviti ini, maka mesyuarat bersetuju untuk meluluskan pasar malam dibenarkan beroperasi dari pukul 4 petang hingga 10 malam dengan mematuhi SOP yang ketat, antara jarak gerai dan gerai satu meter, laluan keluar masuk berbeza…

Read More

‘Makan besar’ dibenarkan

KUALA LUMPUR 4 Feb. – Kerajaan membenarkan aktiviti majlis ‘makan besar’ bersama keluarga serta upacara sembahyang di rumah dijalankan sempena sambutan perayaan Tahun Baharu Cina pada 12 dan 13 Februari depan. Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob bagaimanapun berkata aktiviti persembahan dan kebudayaan seperti tarian singa, naga, perarakan tanglung dan chingay serta persembahan opera Cina tidak dibenarkan. “Sambutan perayaan hanya dibenarkan di rumah kediaman bersama ahli keluarga dari rumah yang sama sahaja. Bagi aktiviti majlis ‘makan besar’ bersama keluarga juga hanya dibenarkan di rumah kediaman bersama ahli keluarga dari rumah…

Read More

Memoir itu karut, fitnah, tidak tepat?

SEMAKIN panas reaksi terhadap buku “My Story: Justice in the Wilderness” tulisan bekas Peguam Negara Tommy Thomas (TT). Sama seperti larisnya buku itu bagaikan pisang goreng panas, begitu jugalah tindak balas terhadap buku itu. Khabarnya Jumaat ini buku itu akan kembali ke pasaran selepas kehabisan stok sebaik sahaja diedarkan. Menurut Gerakbudaya, buku itu kehabisan stok akibat permintaan luar biasa. Memoir setebal 500 muka surat itu menceritakan pencapaian dan kegagalan kerajaan Pakatan Harapan terdahulu, dengan antara isu utama lain termasuk  pendakwaan ahli perniagaan buruan Low Taek Jho dan 1MDB, ekstradisi pendakwah…

Read More