Madinah bandar paling sihat

KOTA suci Madinah di Arab Saudi diakui Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai antara bandar paling sihat di dunia.

Pengiktirafan itu dibuat selepas sebuah pasukan WHO yang membuat kunjungan menyatakan, ia memenuhi semua piawai global diperlukan untuk menjadi bandar sihat.

Madinah dikatakan antara bandar pertama dengan lebih 2 juta penduduk yang diiktiraf di bawah program bandar sihat WHO.

Sebanyak 22 agensi kerajaan, masyarakat, badan kebajikan dan sukarelawan membantu menyediakan pentauliahan WHO itu.

Program bersepadu bandar itu termasuk perkongsian strategik dengan Universiti Taibah untuk merakamkan keperluan kerajaan pada platform elektronik bagi kajian WHO.

WHO juga mengesyorkan supaya universiti itu memberi latihan kepada agensi bandar nasional lain yang berminat mengambil bahagian dalam program bandar sihat.

Sebuah jawatankuasa dipengerusikan Presiden universiti itu, Dr Abdul Aziz Assarani, menguruskan 100 anggota mewakili 22 agensi kerajaan, awam, badan amal dan sukarelawan.

Pertimbangan termasuk memenuhi matlamat ditetapkan Projek Strategi Wilayah Madinah dan pelancaran program “Humanizing Cities” yakni satu konsep yang bertujuan memperbaiki mutu kehidupan di bandar bagi rakyat.

Menurut WHO, “sebuah kota yang sihat adalah kota yang berterusan mencipta dan memperbaiki lingkungan fizikal serta sosial, selain memperluas sumber masyarakat yang membolehkan penduduk saling menyokong satu sama lain dalam melaksanakan semua fungsi kehidupan dan mengembangkan ke potensi maksimum mereka”.

Related posts

Leave a Comment