Lagi 44 kes import di Singapura

SINGAPURA 25 Jan. – Sekali lagi Singapura melaporkan kes import apabila 44 kes baharu Covid-19 direkodkan setakat tengah hari ini.

Semalam, 48 kes import dicatatkan dan dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes setakat ini adalah 59,352.

Menurut  Kementerian Kesihatan (MoH) kesemua kes tersebut sudah dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) sebaik tiba di sini.

Tiada kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam masyarakat atau di asrama pekerja asing.

Sementara itu mulai esok, 26 Januari beberapa langkah diambil bagi membendung penularan wabak itu lebih-lebih lagi menjelang sambutan Tahun Baharu Cina.

Antara langkah yang diambil termasuklah mengehadkan setiap keluarga hanya boleh menerima sehingga lapan tetamu setiap hari.

Related posts

Leave a Comment