Perjuangan belum berakhir

PUTRAJAYA 25 Jan. – Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah meluahkan kesedihan beliau dalam menempuhi satu tahun memerangi pandemik Covid-19 di negara ini.

Menerusi perkongsian di akaun Twitter miliknya, beliau turut memaklumkan perjuangan ini masih belum berakhir.

Walaupun kita berasa penat dan lesu dari segi mental dan fizikal, kita semua perlu terus berjuang.

“Semua orang, tidak kira siapa, perlu berganding bahu memikul tanggung jawab ini demi menyelamatkan negara,” ujarnya.

Pada masa sama, beliau turut menegaskan agar rakyat Malaysia perlu terus patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan termasuk memakai pelitup muka dengan betul, cuci tangan dan jaga penjarakan fizikal.

“Duduk di rumah jika tiada urusan penting di luar. Bersama-sama kita memutuskan rantaian jangkitan Covid-19.

“Kita perlu bersatu dan bersama menentang perjuagan ini. InshaAllah,” katanya.

(Foto hiasan peringatan pada April 2020)

Related posts

Leave a Comment