Pesawat kecil terhempas

BRASILIA: Sebuah pesawat kecil yang membawa presiden dan empat pemain kelab bola sepak Brazil, Palmas terhempas pagi Ahad (waktu tempatan) di Tocantins.

Jurucakap kelab itu dalam satu kenyataan pada Isnin berkata pesawat malang tersebut tiba-tiba terhempas di hujung landasan ketika sedang berlepas.

Mereka dalam perjalanan ke Goiania untuk bermain menentang Vila Nova.

Mangsa dikenali sebagai presiden Lucas Meira dan pemain Lucas Praxedes, Guilherme Noe, Ranule dan Marcus Molinari, serta juruterbang.

Pada November 2016, 76 orang termasuk pemain Kelab Chapecoense Brazil terbunuh selepas sebuah pesawat terhempas dekat Medillin

Related posts

Leave a Comment