Thailand rekod 142 kes baharu

BANGKOK 21 Jan. – Sebanyak 142 kes baharu Covid-19 dilaporkan di Thailand yang melibatkan 125 jangkitan tempatan dan 17 kes import.

Menurut jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), jumlah keseluruhan kes kini meningkat kepada 12,795.

Kes import yang dikuarantin sejurus tiba di negara itu melibatkan ketibaan dari

Myanmar, Switzerland, Sweden, Turki, Jepun, India, Amerika Syarikat dan Malaysia.

Daripada 12,795 kes, sebanyak 9,842 (76.9%) pulih termasuk 221 yang dilaporkan sembuh hari ini manakala 2,882 sedang menerima rawatan. Kes kematian kekal 71.

Sejak gelombang baharu Covid-19 pertengahan bulan lalu, sebanyak 8,558 kes dilaporkan di mana 4,167 kes hasil ujian dalam kalangan masyarakat.

Pandemik ini sudah merebak ke 63 daripada 77 wilayah negara itu.

Related posts

Leave a Comment