212 kes baharu di Arab Saudi

RIYADH 21 Jan. – Kes jangkitan Covid-19 di Arab Saudi kini menunjukkan peningkatan selepas tiga hari berturut-turut merekodkan lebih 200 kes. Menurut Kementerian Kesihatan, kes yang direkodkan hari ini adalah 212 berbanding semalam 238 dan sebelumnya 226. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes 365,775. Sebanyak empat kematian dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan 6,342. Bagi kes pulih pula, sebanyak 160 pesakit sembuh dalam 24 jam dan menjadikan jumlah keseluruhan pulih 357,337. Sementara itu Riyadh merekodkan 83 kes diikuti wilayah Timur 39 dan Makkah 35.

Read More

Kes di Indonesia kini 151,658

JAKARTA 21 Jan. – Jumlah kes Covid-19 di Indonesia kini meningkat kepada 951,651 kes termasuk 11,703 kes baharu yang direkodkan dalam tempoh 24 jam dengan kes aktif 151,658. Menurut data yang dikeluarkan pihak pemerintah, bagi tempoh yang sama sebanyak 346 pesakit meninggal dunia menjadikan jumlah kumulatif 27,203 kematian. Kes sembuh pula menunjukkan pertambahan dengan 9,087 lagi pesakit dilaporkan pulih yang membawa kepada jumlah keseluruhan 772,790 pulih. Kes aktif pula 151,658. Sementara itu kes tertinggi dilaporkan di wilayah Jakarta yang merekodkan 3,151 kes Jawa Tengah (1.976), Jawa Barat (1.228), Jawa Timur…

Read More

Thailand rekod 142 kes baharu

BANGKOK 21 Jan. – Sebanyak 142 kes baharu Covid-19 dilaporkan di Thailand yang melibatkan 125 jangkitan tempatan dan 17 kes import. Menurut jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), jumlah keseluruhan kes kini meningkat kepada 12,795. Kes import yang dikuarantin sejurus tiba di negara itu melibatkan ketibaan dari Myanmar, Switzerland, Sweden, Turki, Jepun, India, Amerika Syarikat dan Malaysia. Daripada 12,795 kes, sebanyak 9,842 (76.9%) pulih termasuk 221 yang dilaporkan sembuh hari ini manakala 2,882 sedang menerima rawatan. Kes kematian kekal 71. Sejak gelombang baharu Covid-19 pertengahan bulan lalu, sebanyak 8,558 kes…

Read More

1,783 kes baharu di Filipina

MANILA 21 Jan. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina setakat pukul 4 petang ini merekodkan 1,783 kes tambahan Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 507,717. Jumlah kematian pula meningkat kepada 10,116 apabila 74 lagi pesakit meninggal dunia. Jumlah kematian semalam 64. Kes pesakit sembuh pula adalah sebanyak 500 dan ini membawa kepada jumlah keseluruhan kes pulih 467,476 atau 92.1 peratus daripada keseluruhan kes.

Read More

401 kes di Sabah, dua kematian

KOTA KINABALU 21 Jan. – Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu Covid-19 hari ini adalah sebanyak 401 kes, menjadikan jumlah kumulatif 45,409 dengan dua kematian di daerah Lahad Datu. Seramai 380 pesakit Covid-19 sembuh  menjadikan jumlah kumulatif 40,929 orang sementara 2,935 pesakit sedang menerima rawatan di mana 80 ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 16 memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated). Dua kluster dicatatkan iaitu Kluster Ladang Sebrang, Lahad Datu dan Kluster Silimpopon, Kalabakan juga melibatkan industri perladangan. Daripada 401 kes positif yang dicatatkan, sebanyak 232…

Read More

Bungkus makanan hingga 10 malam

KUALA LUMPUR 21 Jan. – Kerajaan bersetuju melanjutkan tempoh operasi semua jenis premis menjual makanan dan perkhidmatan penghantaran makanan di negeri-negeri yang tertakluk di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sehingga pukul 10 malam bermula esok. Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan mendengar keluhan dan rungutan pembeli dan peniaga selepas hanya dibenar beroperasi dari 6 pagi hingga 8 malam sahaja ketika ini. “Seperti saya katakan kerajaan sentiasa mendengar pandangan rakyat. Kita sedar apabila rungutannya banyak berlaku maka kita segera adakan mesyuarat sejak minggu lepas lagi tentang perkara ini,” katanya. Bagaimanapun, Ismail Sabri berkata prosedur operasi standard…

Read More

16 kluster baharu

Sebanyak 16 kluster baharu dilaporkan  di Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Perak, Kedah, Selangor, Johor, Terengganu dan Sabah. Daripada 16 kluster ini, 11 melibatkan tempat kerja, dua kumpulan berisiko, dua komuniti dan satu keagamaan. Salah satu kluster komuniti itu melibatkan aktiviti bermain golf oleh kes indeks di Pulau Langkawi. Jumlah kes baharu dalam kesemua kluster ini adalah; 196.

Read More

Kes harian KL atasi Selangor

KUALA LUMPUR hari ini, 21 Januari merekodkan kes harian 576 mengatasi Selangor yang mencatatkan 545 kes diikuti Johor (423), Sabah (401), Perak (245), Pulau Pinang (171), Kedah (156), Kelantan (135), Sarawak (132), Melaka (106) dan 102 kes di Negeri Sembilan. Terengganu merekodkan  57 kes, Pahang (48), Putrajaya (33) manakala Labuan 32 kes serta Perlis dengan lapan kes. Kes di Kuala Lumpur melibatkan 101 dari kluster sedia ada, 20 kes melibatkan kluster baharu (Terolak dan Pasar Borong KL 2), 189 saringan kontak rapat, 261 lain-lain saringan dan lima kes import. Di Selangor, 23…

Read More

Kes baharu 3,170, kematian 12

PUTRAJAYA 21 Jan. – Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini melaporkan 3,170 kes baharu Covid-19 hari ini di mana 3,162 kes adalah jangkitan tempatan manakala lapan kes import. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, ini menjadikan jumlah keseluruhan kes kini 172,549 dan kes aktif mencecah 41,755. Katanya, terdapat 260 kes positif Covid-19 di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 103 daripada mereka, memerlukan bantuan pernafasan. Selain itu, 12 kematian akibat Covid-19 dilaporkan hari ini dan semuanya merupakan warganegara, yang berumur lingkungan 47 hingga 84 tahun dengan latar belakang berpenyakit, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian dalam negara sebanyak…

Read More

Sarawak catat 132 kes, 1 kematian

KUCHING 21 Jan. – Sarawak merekodkan pertambahan 132 kes positif Covid-19 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif negeri itu meningkat kepada 2,702 kes. Menurut kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Sibu terus mencatat peningkatan tertinggi iaitu 62 kes. Ini diikuti Kanowit (46), Bintulu (12), Miri (5), Kuching (3) dan masing-masing satu kes di Dalat, Lubok Antu, Serian dan Selangau. “Kluster Pasai merekodkan pertambahan 88 kes positif menjadikan jumlah keseluruhan kes bagi kluster ini meningkat kepada 982 kes. “Setakat ini sejumlah 8,250 individu disaring dengan 5,500 disahkan negatif manakala…

Read More