401 kes di Sabah, dua kematian

KOTA KINABALU 21 Jan. – Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu Covid-19 hari ini adalah sebanyak 401 kes, menjadikan jumlah kumulatif 45,409 dengan dua kematian di daerah Lahad Datu.

Seramai 380 pesakit Covid-19 sembuh  menjadikan jumlah kumulatif 40,929 orang sementara 2,935 pesakit sedang menerima rawatan di mana 80 ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 16 memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Dua kluster dicatatkan iaitu Kluster Ladang Sebrang, Lahad Datu dan Kluster Silimpopon, Kalabakan juga melibatkan industri perladangan.

Daripada 401 kes positif yang dicatatkan, sebanyak 232 kes (57.9%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat, saringan bergejala 83 kes (20.7%), saringan kluster baharu dan sedia ada 25 kes (6.2%), saringan Perkeso, 13 kes (3.2%), saringan pelajar masuk asrama sembilan kes (2.3%) dan 39 kes (9.7%) adalah dari lain-lain kategori.

Related posts

Leave a Comment