Salleh Abas meninggal dunia

KUALA LUMPUR 16 Jan. – Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Dr Mohamed Salleh Abas, meninggal dunia pada pukul 3.20 pagi ini.

Anak Allahyarham, Natlrah ketika dihubungi Bernama mengesahkan Mohamed Salleh, 92, meninggal dunia akibat pneumonia di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu.

“Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sheikh Ibrahim di Jalan Pusara, Kuala Terengganu,” katanya.

Sebelum ini, Mohamed Salleh yang juga Pengerusi as-Salihin Trustee Berhad menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan selepas disahkan positif Covid-19.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif as-Salihin, Abdul Aziz Peru Mohamed dalam satu kenyataan kelmarin mengesahkan Mohamed Salleh dijangkiti Covid-19.

Allahyarham pernah terlibat secara langsung dengan krisis perlembagaan pada tahun 1988 yang menyaksikan beliau disingkirkan daripada jawatan Ketua Hakim Negara bersama dengan beberapa hakim kanan negara.

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jertih itu pernah dilantik sebagai Ahli Exco Kerajaan Negeri Terengganu pada tahun 1999 hingga 2004 setelah Pas memenangi negeri itu pada pilihan raya umum ke 10 yang lalu.

Related posts

Leave a Comment